Sunday, November 25, 2007

Amaran TPM dan Polis tidak dipedulikan, Perhimpunan Hindraf diteruskan…


Tangkapan telah dilakukan, amaran telah diberikan, namun perhimpunan tetap diteruskan. Pertempuran diantara peserta perhimpunan dan polis telah bermula sejak awal pagi. Gad pemedih mata tidak sedikitpun melemahkan semangat untuk penyokong Hindraf meneruskan perhimpunan.

Sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis telah menyusahkan rakyat. Polis seharusnya bertindak lebih professional dalam menangani perhimpunan aman.

Untuk tontonan video :-
[SILA KLIK]

Penyokong Hindraf ganas

CABAR UNDANG-UNDANG: Sebahagian penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan haram di Kuala Lumpur, semalam bertindak liar membaling pelbagai objek ke arah polis.

Penunjuk perasaan teruskan perhimpunan haram, 136 ditahan bantu siasatan

KUALA LUMPUR: Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) semalam berdegil dengan meneruskan perhimpunan haram di beberapa lokasi di sekitar ibu negara tanpa mempedulikan larangan mahkamah dan amaran polis.

Malah, penyokong kumpulan itu bertindak ganas dengan membaling pelbagai objek termasuk besi, batu, tong sampah dan botol minuman ke arah pasukan polis selain merosakkan harta benda awam.

Sekurang-kurangnya empat anggota polis cedera termasuk seorang menerima 11 jahitan di kepala kerana diserang dengan batu bata, manakala tujuh kereta peronda rosak dibaling batu dan sebuah bas terbakar apabila seorang penunjuk perasaan membaling molotov koktail di Batu Caves.

Berikutan itu, polis menahan 136 penyokong kumpulan itu dan mengambil keterangan 105 orang lagi untuk membantu siasatan.

Jumaat lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan perintah sebelah pihak menghalang tiga pemimpin Hindraf serta semua pihak yang menyokong badan itu daripada menganjurkan perhimpunan haram meliputi kawasan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain.


BERTINDAK GANAS: Penunjuk perasaan merosakkan banyak kemudahan awam ketika mengadakan perhimpunan haram di Jalan Ampang, semalam.


Perhimpunan itu diadakan bagi menghantar petisyen mengandungi 100,000 tandatangan yang mendesak Ratu Elizabeth II membantu menyokong permohonan masyarakat India negara ini yang memfailkan saman menuntut pampasan 4 trilion pound sterling (RM27.7 trilion) daripada kerajaan Britain.

Kumpulan itu mula menimbulkan kekecohan dengan memecah masuk pintu utama kuil Batu Caves dan merosakkan harta benda di situ, kira-kira jam 2 pagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis yang bergegas ke kuil berkenaan sebaik menerima aduan Jawatankuasa Kuil Batu Caves, mendapati 1,000 orang berkumpul di situ.

"Polis mengarahkan mereka bersurai tetapi mereka enggan dan memasuki premis kuil.

Apabila memasuki kawasan itu, polis diserang dengan batu bata hingga beberapa anggota cedera sedangkan kami tidak menggunakan sebarang kekerasan termasuk pancutan air dan gas pemedih mata di dalam atau luar pekarangan kuil," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selepas di Batu Caves, beberapa kumpulan berkumpul di sekitar KL Sentral, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Hotel Nikko dan Jalan Ampang.

"Di situ, polis menggunakan tindakan pencegahan paling minimum, iaitu pancutan air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka tanpa menggunakan kekerasan fizikal," katanya.

Musa menegaskan, polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur perhimpunan haram itu termasuk pemimpinnya.

"Polis mempunyai cukup bukti untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin, penganjur serta penunjuk perasaan terbabit," katanya sambil menjelaskan polis sudah memantau aktiviti Hindraf dalam tempoh tertentu.

Beliau berkata, polis sedia mengadakan rundingan dengan pemimpin kumpulan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain, tetapi tidak seorang pun pemimpin Hindraf yang kelihatan sehingga jam 1.30 petang.

"Mereka berucap dan pulang tanpa menyerahkan sebarang memorandum pun seperti diwarwarkan," katanya.

Pemimpin Hindraf termasuk Uthayakumar Ponnusamy, berucap di Jalan Ampang dekat Hotel Maya, kira-kira jam 10 pagi. Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan pemimpin DAP, Ronnie Liu, turut dilihat berucap di situ.

Beberapa ahli Majlis Peguam diketuai Haris Ibrahim, turut dilihat di beberapa lokasi seperti Jalan Ampang berdekatan Hotel Maya, Menara Berkembar Petronas dan Hotel Corus, untuk memantau perhimpunan itu.

Polis mengerahkan 4,000 anggota termasuk 640 dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan 500 anggota trafik untuk mengawal keadaan.

Tiga laluan masuk ke persimpangan Jalan Ampang/Jalan Tun Razak juga ditutup sejak jam 3 pagi, manakala dua stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di Ampang Park dan KLCC hanya beroperasi selepas perhimpunan berakhir.

Kebanyakan premis perniagaan termasuk hotel dan restoran di Jalan Ampang dan kawasan sekitarnya termasuk Suria KLCC turut ditutup berikutan kebimbangan peniaga kemungkinan berlaku kejadian tidak diingini.

Dalam pada itu, penunjuk perasaan yang bersesak di sebuah stesen minyak di Jalan Ampang juga dilihat mengambil kesempatan mengambil makanan dan minuman tanpa membayarnya.

Tinjauan mendapati penunjuk perasaan melilit kain oren di kepala serta membawa gambar Mahatma Gandhi, kain rentang dan sepanduk sambil bersorak, mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan punggung ke arah polis.

Kira-kira jam 10.45 pagi penunjuk perasaan bergabung di kawasan persimpangan Jalan Tun Razak/Jalan Ampang dan berarak melepasi sekatan polis sehingga menghampiri Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain menyebabkan polis melepaskan pancutan air dan gas pemedih mata.

Kumpulan itu bersurai dan membentuk semula kumpulan besar di hadapan Ampang Park, kira-kira jam 11.30 pagi tetapi berjaya disekat FRU yang mengadakan halangan dalam lingkungan dua kilometer dari pejabat berkenaan.

Perhimpunan itu berakhir kira-kira jam 1.30 petang tetapi sebelum penunjuk perasaan bersurai sepenuhnya, sebuah laman web yang dikaitkan dengan Uthayakumar menyiarkan laporan berunsur hasutan dengan mendakwa berlaku serangan berbaur perkauman terhadap masyarakat India.

Laman web PoliceWatchMalaysia mendakwa seorang remaja lelaki India dibunuh di Lebuh Ampang ketika perhimpunan itu dan sehari sebelum itu satu kumpulan membakar sebuah bas serta 20 motosikal di luar kuil Batu Caves. Ia turut polis bertindak kejam terhadap masyarakat India yang menyertai perhimpunan itu.

Uthayakumar yang ditanya wartawan New Straits Times mengenai dakwaan itu, berkata: "Kami menerima maklumat yang belum disahkan dan memutuskan untuk menyiarkannya dalam laman web itu. Kami mahu polis menyiasat kejadian berkenaan."

Bagaimanapun, polis sehingga petang semalam tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan pembunuhan itu. Polis juga mengesahkan bas itu dibakar penunjuk perasaan yang bertindak balas terhadap arahan polis supaya bersurai.

Dalam temubual dengan stesen televisyen Al Jazeera pula, Uthayakumar mengakui demonstrasi jalanan itu diadakan untuk memalukan kerajaan yang didakwa meminggirkan masyarakat India sejak 50 tahun lalu.

Hindraf appeal to Gordon Brown to refer Malaysia to World Court (&) and international criminal court

HINDRAF
Hindu Rights Action Force
No. 135-3-A, Jalan Toman 7,
Kemayan Square,
70200 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia. Tel : 06-7672995/6
Fax: 06-7672997 Email waytha@hotmail.com

15.11.2007
The Rt. Hon. Gordon Brown
Prime Minister of the United Kindom
10 Downing Street, Fax: +442079250918
London, URGENT
SW1A 2AA

Dear Sirs,

RE: 1. COMMONWEALTH ETHNIC INDIAN PEACE LOVING SUBJECTS IN MALAYSIA PERSECUTED BY GOVERNMENT BACKED ISLAMIC EXTREMIST VIOLENT ARMED TERRORIST WHO LAUNCHED A PRE DAWN VIOLENT ARMED ATTACK AND DESTROYED THE KG JAWA MARIAMAN HINDU TEMPLE AT 4.00 A.M THIS MORNING (15.11.2007).


2. APPEAL FOR U.K TO MOVE EMERGENCY U.N RESOLUTION CONDEMNING “ETHNIC CLEANSING” IN MALAYSIA.

3. APPEAL TO REFER MALAYSIA TO THE WORLD COURT AND INTERNATIONAL CRIMINAL COURT FOR CRIMES AGAINST IT’S OWN ETHNIC MINORITY INDIANS.



We refer to the above critical matters in Malaysia but which generally gets the least attention locally even by the Opposition parties, Ngo’s, the Malaysian human rights commission and the media for this community is generally regarded as politically insignificant, do not draw local or international funding and are deemed not pressworthy. To the contrary the Malaysian government has successfully projected itself to the world as a modern Islamic thinking country which is not true.

The ethnic minority Indians in Malaysia were brought in to Malaysia by the British some 200 over years ago. Since independence in 1957 the Malaysian Indians have been permanently colonialised by the Islamic fundamentalist and malay chauvinists UMNO led Malaysian government. Among the recent atrocities committed by this government are as follows:-

1. 100 over Indians were slashed and killed by the UMNO controlled Malaysian government in the Kampung Medan mini genocide. Despite numerous appeals, the Malaysian Human Rights Commission has refused to hold a Public Inquiry. The UMNO controlled Malaysian courts struck off a victim’s public interest civil suit for a Public Inquiry to be held without even the said UMNO controlled government having to file in their defence. The UMNO controlled Attorney General and the Inspector General of Police refused to investigate and / or initiate an inquest into the death of at least six Indians in this tragedy despite.

2. Every week one person at average is killed in a shot to kill policy and in every 2 weeks one person is killed in police custody. About 60% of these victims are Indians though they form only 8% of the Malaysian population.

3. In every three weeks one Hindu temple is demolished in Malaysia The latest being the demolishment of the Mariaman temple in Padang Jawa, Shah Alam, Selangor early this morning (15.11.2007) and the next being the (Mutaiya) Hindu temple in Sungai Petani scheduled for the 29.11.2007. A violent armed pre down attack at 4.00a.m this morning was launched by the UMNO controlled Malaysian government backed by about 600 police, riot police, Islamic extremist and armed terrorists which completely destroyed this temple. In an attack two weeks ago, uniformed police, riot police and city Council officers hurled rocks and attacked unarmed Hindu devotees with knives, sticks and iron rods (see www.malaysiakini.com for pictures). At least 20 Hindu devotees were seriously injured and 19 arrested including 4 of their United Kingdom trained lawyers in direct violation of Article 5 (Right to life) Article 8 (Equality) Article 11 (Freedom of Religion) Section 295 (defiling a place of worship), Section 296 (disturbing a religious assembly), 298A(causing racial disharmony) and Section 441(criminal trespass) of the Malaysian Penal Code. These authorities are plagued by an above the law mindset and in fact liberally take the law into their own hands. These atrocities however does not happen to almost all Islamic places of worship. Please visit www.policewatcmalaysia.com for further and better particulars.

4. State sponsored direct discrimination against the Indians in Public University intakes, Indian (Tamil) Schools, skills training institutes, civil service and private sector job opportunities, business and licence opportunities and in almost all other aspects of daily life.

Despite our hundreds of letters, appeals and pleas to the Malaysian King and Sultans, the Prime Minister, Attorney General, Inspector General of Police, Ministers, Chief Ministers and the latest being our letters to the Prime Minister dated 29.10.2007 and 30.10.2007 and to the Attorney General dated 1.11.2007 the Malaysian authorities are only proceeding with greater ferocity and with impunity with very little regard for the Federal Constitution and laws of Malaysia. So please help us.

CONCLUSION

We fear that this peace loving Indian community of Tamil origin having been pushed to the corner and the persecution getting worse by the day may be forced to into terrorism in a matter of time as what has happened to the Sri Lankan Tamils.

APPEAL

On our part we are committed to a peaceful and lawful struggle and pray and appeal that the Government of the United Kingdom:-

1. Moves an emergency United Nations resolution condemning these state sponsored atrocities and persecutions of Malaysian Indians in Malaysia.

2. Refers Malaysia to the World Court and the International Criminal Court for Crimes against it’s own ethnic minority Indians


Thank You,

Yours Faithfully

P.Uthayakumar
Legal Adviser
013-3504711

http://mymassa.com

Perjuangan rakyat tulen dan helah HINDRAF

REFORMASI ! REFORMASI ! REFORMASI !.....itulah laungan dari rakyat menuntut keadilan dari Kerajaan yang sememangnya korupsi. Baru-baru ini, umum mengetahui tentang gabungan Bersih mengadakan perhimpunan di Istana Negara pada 10 November 07. Namun pada dasarnya, sebenarnya perhimpunan itu mungkin bukan untuk meminta Agung campur tangan dalam kerajaan, tetapi lebih kepada saudara Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan spotlight diiktiraf semula menjadi reformis negara. Bila pula Datuk Seri ketuai gabungan Bersih ini? Siap bertunggu rakyat untuk serahkan memorandum kepada agung. Nampaknya perhimpunan ini seakan main wayang dan karektornya mirip siri kartun yang dilakonkan oleh Datuk Seri Anwar sendiri sebagai watak super warrior n the gang menentang kejahatan.

Kita akan tunggu lagi selepas ini apa siri-siri baru Bersih di bawah arahan penerbit Datuk Seri Anwar. Tidak cukup dengan Bersih, Hindraf pula menyusul dengan program pada 25 November 07 di hadapan Kedutaan British dengan agendanya tuntuan rakyat India yang tertindas di Malaysia. Antara yang dituntut oleh Hindaf adalah.


MENUNTUT SUPAYA KAUM INDIA DI MALAYSIA DIBERI KEISTIMEWAAN

Tuntutan Hindraf adalah tidak wajar kerana bukan kaum India sahaja menghadapi banyak masalah seperti kemiskinan, berpendapatan rendah, penempatan rumah setinggan, tetapi kaum Melayu juga menghadapi masalah yang sama dan perlu pembelaan yang sama rata.

Jika sekalipun tuntutan ini diterima, adakah masalah kaum India akan selesai? Bukankah ini hanya akan menguntungkan sesetengah pihak kaum India seperti Datuk Seri Samy Budu dan kroni-kroni dibawahnya ?


MENUNTUT KAUM INDIA DI MALAYSIA DIBERI HAK KERAKYATAN NEGARA BRITIAN

Satu tuntutan yang keterlaluan oleh Hindraf. Jika ini yang diminta maka ianya melibatkan penggubalan semula perudangan perlembagaan Malaysia dan tidak masuk diakal kerajaan Britain akan melayan tuntutan ini. Tindakan ini tidak hairan kerana Hindraf juga sering melakukan sesuatu perkara yang keterlaluan seperti menyaman pemimpin Kerajaan, Polis Beraja Di Malaysia dan melukut serta meminta sokongan dari parti DAP, namun tidak ada pihak bersetuju untuk memberikan bantuan kepada Hindraf kerana mengetahui matlamat dasar perjuangan pertubuhan ini adalah tidak berasas.


TUNTUTAN UNTUK MEMANSUHKAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

Hindraf juga menuntut supaya hak keistimewaan ini dibatalkan, tetapi adakah ini merupakan punca masalah ketidakseimbangan ekonomi antara kaum di Malaysia?. Jika kerajaan mengambil keputusan membatalkannya, masalah ini tidak dapat juga diselesaikan. Punca utama masalah ini berlaku ialah disebabkan sistem kapitalis yang dikemudi oleh Barisan Nasional terdiri daripada kapitalis penyangak besar dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak pemerintah Kerajaan.

Hindraf juga bijak menggunakan isu agama dan kaum dalam menarik perhatian dan sokongan hanya dari kaum India. Terbaru, rakyat tentu masih ingat peristiwa pencerobohan kuil di Padang Jawa. Kami jelaskan dakwaan dan penjelasan sebenar mengenai isu ini.

Dakwaan Hindraf : Hanya kuil dan rumah kaum Hindu yang dirobohkan oleh penguatkuasa di Padang Jawa dan menuduh Kerajaan tidak menghormati tempat beribadat kaum India.


Penjelasan isu sebenar : Bukan hanya rumah dan kuil Hindu dirobohkan, tetapi ianya melibatkan juga merobohkan sebuah surau dan lebih banyak rumah kaum Melayu berbanding kaum India. Dakwaan Hindraf juga adalah tidak berasas apabila menegaskan hanya kaum India ditindas. Tetapi umumnya jelas dapat dilihat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor seperti di Kampung Berembang dan Kampung Rimba Jaya yang majoritinya adalah kaum Melayu dan rumah mereka juga dirobohkan sama seperti kaum India yang menetap di sana.

Jelas di sini menunjukkan sikap Hindraf yang suka mengambil kesempatan dan mempropagandakan isu perkauman untuk kepentingan satu kaum sahaja. Perjuangan Hindraf juga boleh mengundang kepada pepecahan dan sikap saling membenci antara kaum di Malaysia. Kami berpendapat adalah perlu rakyat menolak perjuangan Hindraf dan jika benar mahu memperjuangkan hak rakyat, mereka perlu melihat contoh seperti Parti Sosialis Malaysia yang memperjuangkan kepentingan keseluruhan rakyat biasa dan golongan pekerja yang semakin ditindas oleh penyamun pemimpin Barisan Nasional.

Nandrii vanakam….

TOLAK PERJUANGAN KAUM OLEH HINDRAF !
HINDRAF inathin poratadattai olippum

from True Malaysian Reformist

Thursday, October 4, 2007

Kaji semula kenaikan harga tol Januari depan

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) hari ini meminta kerajaan mengkaji semula cadangan untuk menaikkan tol sebanyak 10 peratus bagi lapan lebuh raya mulai 1 Januari depan.

Presiden FOMCA, Datuk Marimuthu Nadason berkata, kajian semula ini perlu memandangkan kos hidup yang kian meningkat dan kenaikan kadar tol pasti menambah beban pengguna.

“Sekiranya harga tol ini dibenarkan, ia akan menyebabkan reaksi rantaian terhadap harga barang kerana kenaikan kadar tol ini sudah tentu akan menyebabkan kos pengangkutan meningkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

“Kerajaan perlu mengkaji semula perjanjian itu sekiranya ia bersifat berat-sebelah dan hanya memihak kepada syarikat konsesi tersebut.

“FOMCA mahu kerajaan mengkaji semula perjanjian kenaikan kadar tol secara tetap bagi setiap tiga tahun," katanya.

Beliau turut meminta kerajaan mendedahkan butiran perjanjian konsesi lebuh raya agar rakyat dapat mengetahui isi kandungannya.

“Sebelum sesuatu semakan dibuat, syarikat pemegang konsesi perlu mendedahkan secara telus jumlah kutipan yang diterima dan kos penyelenggaraan yang perlu.

“Berdasarkan butiran tersebut barulah kerajaan mempertimbang sama ada wujud kewajaran bagi menaikkan harga tol,” katanya. - Bernama

Tuntutan syarikat pengangkutan awam untuk naik tambang hingga 600% tidak wajar

Oleh Pemuda Wilayah

Tuntutan menaikkan kadar tambang antara 100-600 peratus pada tahun hadapan oleh syarikat-syarikat pengangkutan awam adalah tidak wajar. Tuntutan ini agak melampau jika dibandingkan dengan keadaan semasa rakyat yang bakal menghadapi ‘putaran ganas’ ekonomi kapitalis yang semakin menghimpit kantung rakyat menjelang tahun hadapan..


Refleksi tuntutan yang bakal dihadapi juga merunsingkan kerana kadar pertumbuhan gaji dinegara ini amat rendah khususnya di sektor swasta berbanding dengan apa yang terpaksa dihadapi oleh rakyat dipasaran barangan dan perkhidmatan.

Oleh itu, pihak Kerajaan haruslah menilaikan tuntutan ini dengan mengambil kira kemampuan rakyat yang mana kita juga menghadapi krisis ketidakwajaran kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh industri pengangkutan negara ini dan mereka juga masih mampu meraih keuntungan besar dalam keadaan sekarang.

Oleh itu, satu ketetapan harus dilakukan bagi memastikan agar kitaran ganas ekonomi negara tidak terus menerus berlaku dalam tempoh yang pantas sehingga rakyat tidak lagi mampu untuk menghirup kedamaian fikiran lantaran memikirkan beban sara hidup yang melonjak tinggi hingga meninggalkan mereka dibawah paras kemiskinan beku.

Kita tidak seharusnya terus menerus hidup begini jika fakta kerajaan bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan stabil adalah benar. Oleh itu Kerajaan perlu menginsafi dakwaan mereka dan mengakui kelemahan yang ada serta bersikap tegas kepada pengusaha yang dengan wewenangnya menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sesuka hati mereka tanpa sedikit kepedulian pada kemelaratan rakyat - Herman


————–

Utusan Malaysia : Pengangkutan awam tuntut naik tambang hingga 600%

Oleh Norliza Abd. Rahman

PUTRAJAYA 3 Okt. – Syarikat pengangkutan awam memohon untuk menaikkan kadar tambang antara 100 hingga 600 peratus mulai tahun depan dengan alasan kos operasi yang semakin meningkat.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran berkata, tuntutan itu adalah untuk semua jenis pengangkutan awam.

Sehubungan itu, katanya, kadar tambang baru untuk semua jenis pengangkutan awam akan diumumkan pertengahan tahun depan selepas mengambil kira kos operasi itu.

“Kita tidak akan terima bulat-bulat pandangan mereka. Banyak penilaian perlu dibuat tetapi kita juga mengambil kira kenaikan kos operasi terutamanya bahan api yang mencecah sehingga 60 peratus.

“Kadar tambang baru akan datang bukan sahaja melambangkan kepada kos yang mesti ditanggung oleh penumpang tetapi ia juga mesti menggambarkan bagaimana pengusaha itu sendiri boleh meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus kesedaran pemandu bas ekspres sempena musim perayaan di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di sini, hari ini.

Katanya, semakan tambang baru pengangkutan awam itu akan dilakukan serentak untuk bas ekspres, bas sekolah, bas henti-henti dan teksi.

“Ini kerana penumpang bas ekspres, bas sekolah, bas henti-henti dan teksi adalah berlainan antara satu sama lain.

“Semakan secara serentak lebih praktikal kerana kalau sekarang kita kaji teksi enam bulan akan datang bas pula, lepas itu teksi terasa nak naikkan lagi, jadi elok kita buat seragam semua sekali dan gunakan ia sebagai ukuran,” katanya.

Beliau berkata, semakan kadar tambang untuk pengangkutan awam adalah setiap lima tahun tetapi ia boleh dipercepatkan mengikut keperluan semasa.

Markiman berkata, kali terakhir semakan semula tambang bas dan teksi dilakukan pada 2005.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, isu pembayaran gaji pokok serendah RM250 kepada pemandu bas berlaku disebabkan oleh tindakan pengusaha memajakkan perkhidmatan mereka kepada pihak ketiga.

Menurutnya, jika sesebuah syarikat pengangkutan itu menjalankan sendiri operasinya, masalah gaji rendah tidak akan timbul

"


Monday, September 24, 2007

Rusuhan Batu Burok? Cerita yang diputarbelitkan atau disengajakan?

Saya tertarik untuk mengupas isu ini setelah meneliti dan menilai beberapa penulisan teman saya di laman-laman web dan blog. Apa yang menarik yang ingin saya kongsi bersama adalah apakah perkara sebenar di sebalik kejadian rusuhan di Batu Burok itu yang tidak didedahkan oleh mana-mana media sama ada media internet atau arus perdana.

Kita hanya mempersalahkan polis yang dianggap bertindak ganas terhadap orang Melayu tetapi longlai apabila berhadapan dengan Cina di Melaka. Di sini kita janganlah cepat melatah dan menganggap polis hanya berani terhadap Melayu.

Cuba kita renungi dan hayati apa yang berlaku di Batu Burok dan penganjur ceramah berkenaan. BERSIH adalah sebuah pertubuhan atau organisasi bukan Kerajaan yang tidak didaftarkan dengan pendaftaran pertubuhan. Justeru, BERSIH adalah sebuah organisasi tidak sah di sisi undang-undang. Oleh itu, tidak salah pihak polis untuk tidak memberikan permit kepada organisasi yang tidak sah. Belum ada dalam sejarah negara, polis memberikan permit kepada mana-mana pertubuhan yang tidak sah. Justeru dalam perkara ini, tindakan polis menyuraikan perhimpunan itu adalah sah disisi undang-undang. Cuma pelaksanaannya mungkin boleh dipertikaikan. Itu sahaja.

Sehingga kini, kita dapati polis tidak pernah menolak atau membatalkan mana-mana permit yang dikeluarkannya kepada parti politik samada PAS, DAP, UMNO, KEADILAN atau mana-mana parti politik lain untuk berceramah atau berhimpun. Tetapi, pihak yang ingin menganjurkan sebarang aktiviti ceramah atau perhimpunan perlulah mengikut batas-batas undang-undang yang telah ditetapkan Kerajaan.

Pihak polis dalam konteks ini telah bertindak mengikut peraturan dan batasan yang ada di bawah bidang kuasanya. Oleh itu, kita perlulah rasional dan tidak mudah menuduh wujudnya konspirasi untuk menghalang mana-mana pihak daripada menjalankan aktiviti mereka.

Justeru, sempena bulan ramadhan yang mulia ini, kita sama-sama muhasabah diri dan memperbetulkan kesilapan kita dan janganlah menganggap orang lain semua salah dan hanya kita yang betul. Bertindaklah ikut rasional, bukannya emosional.

Dalam konteks ini, saya bukanlah pro-polis atau pro-kerajaan tetapi saya melihat tindakan polis ini ada benarnya dalam usaha memastikan ketenteraman awam terjaga dan terpelihara. Itu adalah keutamaan polis dan pemerintah negara ini.
NOTA
Jangan membaca untuk menafikan,menggelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai

Thursday, September 20, 2007

Kisah BABI, Peluru Hidup, Jalur Gemilang, Diversion, Mind Control Dan Perjuangan

Oleh Ruhanie Ahmad

Dari 21 September 2007 hingga 24 September 2007 saya akan berada di luar daerah. Kalau terdapat internet, saya akan update anda sekalian. Sekiranya tiada, saya harap para pembaca budiman renung-renungkanlah sedalam-dalamnya kisah BABI, kisah DAP, kisah BATU BURUK, kisah PELURU HIDUP, kisah JALUR GEMILANG dan seluruh kisah yang mencerminkan kepincangan mutakhir yang saya paparkan dalam blog ini kebelakangan ini.

Kepada saya, seluruh kisah di atas adalah komponen “bom jangka” di sekeliling kita seperti yang pernah saya bincangkan dalam salah satu posting saya baru-baru ini.

Ini bermakna, seluruh kisah tersebut tak boleh diremeh-temehkan oleh pihak pemerintah. Ini juga bermaksud, rakyat jelata juga perlu fokus. Jangan izinkan diri kita dipesongkan kepada cerita-cerita trivial seperti mati aksiden, tak makan juadah buka puasa kerana rumah terbakar, kisah artis saman orang yang mengintip rumahnya, dan sebagainya.

Kita mesti fokus. Kalau tidak, minda kita akan mudah dikuasai oleh kisah-kisah kemanusiaan - human interests - yang sengaja diketengah dan dibesar-besarkan untuk memesongkan pandangan umum daripada isu yang sebenar, lebih panas, serius, penting dan menjejas serta melibatkan kepentingan ramai.

Contoh paling klasik adalah kisah TEMBAKAN PELURU HIDUP dan BAKAR JALUR GEMILANG, di Terengganu. Kedua-dua insiden ini ada pertaliannya. Bukan daripada segi pihak yang melakukannya [seperti yang mahu ditonjolkan oleh pihak-pihak tertentu]. Tetapi, daripada segi matlamatnya.

Amalan polis untuk menembakkan PELURU HIDUP di sesuatu perhimpunan seperti yang terjadi di Batu Buruk, Terengganu, baru-baru ini, mempunyai undang-undangnya yang tersendiri.

Menurut GENEVA CONVENTION, pihak keselamatan hanya boleh menembakkan PELURU HIDUP kepada seseorang yang tidak bersenjata, sesudah dibuat satu tembakan amaran ke udara. Sesudah itu, kalau masih perlu ditembak juga peluru hidup, undang-undangnya menuntut supaya peluru itu ditembakkan ke bahagian bawah daripada pusat, dan khususnya di kaki.

Jadi, adakah polis ikut undang-undang Geneva Convention sewaktu melepaskan dua das tembakan PELURU HIDUP di Batu Buruk? Memang tak ada!! Jadi, adakah salah kalau rakyat jelata berasa kesal dan marah dengan tindakan itu? Memang tidak salah, malahan wajar berasa marah!! Jadi apa nak buat? Polis mengaku bersalah? Oppp... Jauh sekali!!!

Lantas, macam mana nak alihkan kemarahan umum terhadap peristiwa tembakan PELURU HIDUP itu? Cari jalan diversion atau pemesongan la... Caranya? Cipta satu kisah yang terkini, penuh sensasi dan kontroversi..

Lantaran itu, wujudlah kisah kononnya ada sekumpulan pemuda liar [dipropagandakan sebagai ahli PAS] yang membakar JALUR GEMILANG.. Isu ini menangkap minat umum kerana ketika itu kita baru saja mengibar dan menjulang JALUR GEMILANG sempena perayaan 50 Merdeka.

Bijak diversion ini. Cukup bijak!!! Dengan terciptanya diversion ini, kisah tembakan PELURU HIDUP ditenggelamkan. Dengan terciptanya kisah ini, kisah POLIS BERSIKAP GANAS bertukar kepada kisah PEMUDA GANAS DAN TIDAK PATRIOTIK. Dengan terciptanya diversion ini, kisah PAS yang hangat menuntut keadilan daripada pemerintah ditenggelamkan dengan TUDUHAN UMNO TERHADAP PAS KONONNYA SEBAGAI DALANG DI BELAKANG PEMBAKARAN JALUR GEMILANG.

Kini, kisah MEMBAKAR JALUR GEMILANG sentiasa dihidupkan oleh media perdana. Kini kisah TEMBAKAN PELURU HIDUP hanya dapat dukungan dan perhatian positif menerusi media internet. Makin lama, rakyat jelata pasti akan lupa bahawa TEMBAKAN PELURU HIDUP oleh polis itu adalah salah. Makin lama, akan tertanamlah di benak rakyat bahawa PEMBAKARAN JALUR GEMILANG DI TERENGGANU ADALAH PENGKHIANATAN, walau pun peristiwa itu mungkin dilakukan oleh pihak-pihak yang mahu melakukan diversion kepada KISAH PENEMBAKAN PELURU HIDUP DI BATU BURUK...

Jadi, apa harus kita lakukan untuk menangkis kesan mind control dan propaganda menerusi diversion seperti ini? Media perdana tersebar luas. Media internet hanya terhad kepada pemilik komputer dan golongan celik ICT. Jadi, bagaimana?

Sebagai usaha awalan, cuba anda downloadkan seluruh kisah-kisah di atas yang anda perolehi daripada internet. Lepas tu, anda fotokopikan tiga salinan setiap jodol. Bila anda cuti HarI Raya ni, anda bawalah balik ke kampung masing-masing. Jadikanlah topik itu sebagai bahan perbualan di Hari Raya.....

Selepas itu, anda carilah jalan lain bagaimana maklumat-maklumat yang dipendam dan dipesongkan oleh pihak tertentu boleh kita tangkis dan atasi secara berkesan dan disebarkan pula secara meluas?

Buatlah sesuatu. Insaflah. Apa gunanya perjuangan kita kalau sekadar marah-marah seperti anjing menyalak bukit? Apa gunanya perjuangan hangat-hangat tahi ayam, dan lepas itu jadi masuk angin keluas asap?


Mayat dalam beg disahkan Nurin Jazlin


PETALING JAYA: Polis hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, 33, seorang pemandu teksi enggan menerima keputusan DNA itu bahawa mayat kanak-kanak itu adalah anaknya.

"Saya ayah Nurin... Saya lebih mengenali anak saya dari semua orang. Dalam hati saya berkata mayat itu bukan anak saya.

"Jika polis suruh saya ambil mayat tersebut, saya akan terima, saya akan mandikan dan akan mengebumikannya.

"Tetapi saya hendak polis teruskan usaha mencari Nurin kerana saya tahu Nurin masih berada di luar sana dalam keadaan selamat," kata Jazimin kepada pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jazimin juga berkata beliau pasti mayat itu bukan anaknya berdasarkan keadaan gigi dan parut yang dipunyai oleh Nurin.

Nurin, katanya, mempunyai kedudukan gigi yang rapat dan mempunyai parut akibat luka di pangkal pehanya.

Jazimin berkata beliau dimaklumkan mengenai keputusan DNA tersebut pada pukul 12.30 tengah hari oleh polis daerah Petaling Jaya dan diminta datang ke bilik mayat HKL untuk membuat pengecaman semula mayat tersebut


Sebelum ini, Jazimin dan isterinya Norazian Bistaman, 35, telah dipanggil untuk proses pengecaman di HKL pada Isnin lepas dan tidak mengaku mayat itu anaknya, Nurin berdasarkan kepada keadaan fizikal kanak-kanak yang ditemui itu.

Norazian yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata beliau rela menerima sebarang keputusan pihak berkuasa.

"Apa lagi yang boleh saya kata. Keputusan DNA menunjukkan itu anak saya. Saya reda dengan kehendak Ilahi.

"Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan bahawa anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam.

"Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan kesedihan yang saya alami," katanya dengan linangan air mata.

Norazian berkata sekiranya Nurin Jazlin selamat ditemui, perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya.

Malah pakaian raya untuk Nurin Jazlin sudahpun dibeli dan "saya tetap akan menunggu kepulangannya," katanya sebak. BERNAMA

ANCAMAN PERUBAHAN IKLIM GLOBAL


Masa depan generasi pelapis semakin terancam akibat sikap rakus dan tidak ambil peduli masyarakat hari ini terhadap kepentingan memelihara alam sekitar.

ANCAMAN PERUBAHAN IKLIM GLOBAL


Perubahan iklim global merupakan ancaman yang mungkin tidak disedari dan kurang diberi perhatian oleh masyarakat kini. Di Malaysia, masih terdapat segelintir masyarakat yang memandang enteng permasalahan ini. Perubahan iklim global biasanya dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia yang merupakan satu proses kompleks serta memakan masa yang panjang.

Namun begitu, fenomena kesan perubahan iklim global semakin jelas dan dapat dirasai oleh masyarakat dunia rentetan berlakunya peningkatan suhu dunia. Peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global merupakan satu ancaman baru kepada keselamatan rakyat dan negara malahan dikatakan boleh menjadi lebih dahsyat daripada senjata pemusnah masa. Ini adalah kerana fenomena pemanasan global tidak mengenal warna kulit dan sempadan negara.

Di Malaysia, tanda-tanda perubahan iklim akibat pemanasan global dapat dilihat menerusi beberapa kejadian bencana dan juga simptom-simptom yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara seperti kenaikan paras air laut, jerebu, banjir dan kekurangan sumber air.

Perubahan iklim yang berlaku tidak hanya melibatkan Malaysia sahaja, malah ia merupakan permasalahan global yang harus ditangani secara bersama oleh semua negara di dunia.

APAKAH PERUBAHAN IKLIM GLOBAL?


Perubahan iklim global biasanya dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global. Pemanasan global merupakan satu indikasi atau tanda-tanda meningkatnya suhu permukaan baik di atas daratan, lautan, ataupun kombinasi keduanya secara menyeluruh.

Pemanasan global berpunca daripada pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas menyebabkan peningkatan mendadak gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana dan klorofluorokarbon (CFC) dalam atmosfera. Gas rumah hijau yang terkumpul tidak dapat dibebaskan dan terperangkap dalam atmosfera menyebabkan bumi menjadi lebih panas.

PUNCA DAN FAKTOR PENYUMBANG KEPADA PERUBAHAN IKLIM


Sememangnya punca dan faktor sebenar yang menyumbang kepada perubahan iklim dan pemanasan global masih menjadi pertikaian sesetengah pihak. Namun hakikatnya, apa yang jelas bukti menunjukkan bahawa perubahan iklim dan pemanasan global berpunca daripada aktiviti dan cara hidup manusia sendiri.

Kerakusan manusia menjadi punca utama kepada perubahan iklim global. Pembangunan, pemusnahan hutan, perindustrian, perkilangan dan pengangkutan merupakan antara aktiviti yang menyumbang kepada perubahan iklim sejagat.

Perubahan iklim global yang berlaku adalah kesan peningkatan mendadak gas rumah hijau di atmosfera yang disebabkan oleh kepesatan dalam industri perkilangan, pembalakan, pertanian, pengangkutan dan industri lain di dunia tanpa adanya keseimbangan dengan alam sekitar. Ini seterusnya telah menyumbang kepada pertambahan gas-gas tersebut dan secara langsung meningkatkan suhu bumi.


Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera berlaku kesan daripada pembakaran bahan api fosil seperti penggunaan petrol, arang batu dan gas. Menerusi Laporan Penilaian Ke-4 (Perubahan Iklim 2007) Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim (IPCC), menunjukkan 98 peratus daripada kenaikan suhu bumi kini disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida.


Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera meningkat daripada 280 bahagian sejuta (ppm) yang dicatat pada kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada 2005. Pada 2099, sekiranya manusia masih mengekalkan momentum penggunaan bahan api fosil sepertimana sekarang, kepekatan gas ini di atmosfera dijangka meningkat sebanyak 700 ppm. Keadaan ini akan mengakibatkan persekitaran bumi tidak lagi sesuai untuk didiami oleh manusia.

Secara relatifnya, pembebasan gas rumah hijau oleh Malaysia masih kecil berbanding beberapa negara lain di dunia. Negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat merupakan antara penyumbang utama kepada pembebasan gas rumah hijau. Namun begitu, satu sistem kawalan diperlukan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera.


Negara

Tahun

Pembebasan gas rumah hijau (juta tan)

Malaysia

1990

1994

138.0

144.0

Thailand

1990

225.0

Australia

1990

572.0

Jepun

1990

1994

1,215.9

1,276.1

Amerika Syarikat

1990

1994

5,895.9

6130.


Pembebasan gas rumah hijau oleh negara-negara terpilih

Sumber: Malaysia Initial National Communication (INC), 2000

IMPAK/KESAN PERUBAHAN IKLIM DUNIA KEPADA NEGARA

Perubahan iklim dipercayai telah mempercepatkan proses-proses cuaca sehingga menyebabkan berlaku pelbagai perubahan mendadak dalam tempoh masa yang tidak menentu.

Perubahan iklim dunia dilihat mengancam keselamatan manusia dan negara iaitu dari aspek fizikal dan psikologi. Gabungan keduanya sudah tentu menimbulkan krisis kepada kesejahteraan rakyat, keselamatan/ketenteraman awam, kestabilan politik dan keutuhan ekonomi sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

Antara kesan fizikal perubahan iklim dunia kepada negara adalah seperti berikut:-

Bencana Alam


Perubahan arah tiupan angin monsun, peningkatan paras air laut, kadar taburan hujan yang tidak menentu merupakan antara fenomena perubahan iklim. Suhu bumi yang kian meningkat mengakibatkan kehidupan manusia menghadapi satu ancaman besar berikutan berlakunya bencana alam lebih kerap dengan tempoh yang semakin meluas.

Taufan, banjir, kemarau dan wabak penyakit berkaitan alam sekitar merupakan antara bencana alam yang berlaku kesan perubahan iklim yang semakin sukar dijangka.

Dengan 9% daripada kawasan daratan di Malaysia (29,000 sq.km) terdedah kepada fenomena banjir, sejumlah 2.7 juta masyarakat negara ini mungkin menjadi mangsa.


Keadaan cuaca yang tidak menentu mengakibatkan negara berhadapan dengan kejadian bencana. Contoh terbaik adalah kejadian bencana banjir yang melanda Johor, pada Januari 2007 telah melumpuhkan kegiatan ekonomi dan sosial masyarakat setempat dan mengakibatkan kemusnahan yang besar.

Sumber air


Pembangunan pesat proses urbanisasi dan industri meningkatkan permintaan terhadap sumber air terutamanya bagi sektor perindustrian, pertanian dan juga kegunaan isi rumah.

Perubahan iklim telah mengakibatkan dua kemungkinan berlaku iaitu Malaysia mengalami peningkatan taburan hujan dan penurunan taburan hujan. Peningkatan taburan hujan bermakna Malaysia terdedah kepada fenomena banjir yang mengakibatkan kemusnahan infrastruktur, harta benda dan kehilangan nyawa.

Dalam pada itu, Malaysia turut terkesan dengan penurunan taburan hujan yang mengakibatkan kekurangan sumber air bersih bagi kegunaan isi rumah, sektor pertanian dan industri.

Ekonomi


Kesan perubahan iklim sudah pasti memberi kesan kepada ekonomi negara. Kerugian yang dialami oleh negara akibat daripada fenomena banjir misalnya dianggarkan berjumlah RM 100 juta setiap tahun. Ini sudah tentu mengakibatkan kegawatan serta menjejaskan kegiatan ekonomi masyarakat.

Dalam pada itu, aktiviti ekonomi dalam negara akan turut terjejas dan mencalarkan imej negara. Kegagalan menguruskan bencana alam dan persekitaran yang tidak kondusif untuk kegiatan ekonomi akan menyebabkan negara berhadapan dengan kesukaran menarik minat para pelabur asing untuk melabur di negara ini.


Kesihatan


Kesan perubahan iklim dan pemanasan global turut mengancam keselamatan dan kesihatan manusia. Menurut WHO, perubahan iklim global secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kira-kira 77,000 kematian setiap tahun di rantau Asia Pasifik.



Walaupun negara tidak terkesan secara jelas, namun rakyat negara ini terdedah kepada ancaman lain yang turut mengancam nyawa manusia. Tekanan cuaca panas mengakibatkan rakyat negara ini terdedah kepada penyakit katarak dan kanser kulit.


Malah, perubahan cuaca yang ekstrem kesan daripada perubahan iklim menyebabkan pertambahan kes wabak penyakit yangberpunca daripada haiwan pembawa ataupun vektor seperti malaria dan denggi.


Perubahan suhu turut menyebabkan heatwave di beberapa tempat dan ini mengakibatkan penduduk terutamanya warga tua mudah mengalami heatstroke yang boleh mengakibatkan kematian.


Ekosistem


Peningkatan aras laut pula mampu menghasilkan gelombang ganas yang mengancam garis pantai dan struktur hakisan pantai serta memusnahkan zon penampan paya bakau yang mengakibatkan kerosakan habitat asli serta kehidupan akuatik.

Kelemahan urus tadbir sumber hutan negara turut mempercepatkan lagi kesan perubahan iklim terhadap ekosistem. Pembalakan haram, pemusnahan hutan dan pembukaan kawasan baru bagi tujuan pembangunan merupakan antara kegiatan yang menjejaskan kitaran karbon yang merupakan proses semulajadi pengurangan karbon dioksida di atmosfera.


Ini kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida bagi proses fotosintesis. Penjejasan kepada ekosistem akibat kerakusan manusia akhirnya akan memakan diri dan membawa bencana kepada manusia sendiri. Tanah runtuh, banjir lumpur dan kekurangan sumber merupakan antara kesan penjejasan ke atas ekosistem dan tidak mustahil pada masa akan datang negara berhadapan dengan krisis yang lebih besar.


Kegiatan harian dan penempatan manusia terganggu


Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan manusia misalnya aktiviti penangkapan ikan dan haiwan akuatik lain.


Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada manusia bagi menjalankan rutin harian mereka.


Penempatan penduduk di kawasan rendah turut terjejas sekiranya berlaku peningkatan aras air laut yang mungkin akan menghakis dan menenggelamkan kawasan pinggir pantai. Fenomena ini tidak mustahil akan mengakibatkan beberapa kawasan pinggir pantai negara akan hilang daripada peta Malaysia
dalam tempoh 50 akan datang.

Kesan buruk akibat perubahan iklim dunia kepada negara


Kesan perubahan iklim global turut memberi kesan psikologi kepada masyarakat negara ini. Fenomena kesan perubahan iklim sudah pasti menjejaskan kehidupan dan keselamatan manusia dan tidak terkecuali turut menimpa masyarakat negara ini.


Krisis dan bencana alam yang berlaku kesan perubahan iklim harus ditangani dengan sewajarnya kerana ia merupakan elemen penting menguruskan keresahan rakyat. Perkara ini jika tidak ditangani akan mengundang permasalahan yang lebih besar. Tidak mustahil kegagalan menangani krisis dan bencana mungkin mengakibatkan kepada keruntuhan dan menimbulkan kegawatan kepada institusi keluarga, masyarakat seterusnya melemahkan sistem pentadbiran negara.


Kejadian bencana alam yang berlaku sudah pasti mengundang krisis kemanusiaan yang serius. Kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan tempat tinggal serta kehilangan mata pencarian secara tidak langsung memberi kesan psikologi kepada masyarakat.


Dalam pada itu, tekanan psikologi yang dihadapi oleh masyarakat akan mengundang kepada permasalahan lain antaranya pengangguran, gejala sosial dan turut menjejaskan perkembangan pendidikan penduduk Tekanan yang dihadapi sedikit sebanyak akan menjejaskan kitaran sosial masyarakat dalam menjalani aktiviti dan kehidupan seharian.

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI


Secara global, cabaran yang dihadapi amat besar kerana ancaman perubahan iklim dan pemanasan global adalah masalah sejagat dan usaha menangani secara berkesan perlu membabitkan komuniti antarabangsa, penduduk dunia dan Kerajaan, terutamanya melibatkan negara maju yang menjadi pengeluar utama gas rumah hijau.

Negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) yang merupakan pengeluar gas rumah hijau utama dengan sumbangan melebihi 36 peratus jumlah pengeluaran dunia dilihat tidak komited dan enggan menandatangani Protokol Kyoto bagi mengekang tahap pengeluaran gas rumah hijau.

Ternyata negara maju seperti AS bimbang pengehadan pengeluaran gas rumah hijau akan mendatangkan mudarat kepada ekonomi mereka. Malangnya, impak pemanasan global akan lebih mendatangkan mudarat kepada negara dunia ketiga yang miskin seperti negara di Benua Afrika, Bangladesh dan negara di Asia Tenggara.

Sememangnya ada pihak yang berpengaruh terus menafikan bahawa ancaman perubahan iklim itu datang daripada penggunaan bahan api yang membebaskan karbon dioksida ke udara. Pengaruh inilah yang menyebabkan selama ini AS tidak menerima Protokol Kyoto hingga melewatkan tindakan menghadapi ancaman perubahan iklim ini. Mereka berbuat demikian kerana tidak mahu menjejaskan perkembangan industri masing-masing.

Bagi Malaysia, cabaran utama dalam menghadapi kesan perubahan iklim adalah untuk memperkenalkan langkah adaptasi dalam sektor-sektor tertentu bagi mengurangkan kesan jangka panjang fenomena ini.

Di samping itu, terdapat keperluan untuk menyedarkan rakyat diperingkat akar umbi tentang ancaman perubahan iklim menerusi program dan aktiviti kerana sukar untuk meyakinkan rakyat mengenai ancaman perubahan iklim. Sebagaimana diketahui kesan perubahan iklim tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan perubahan berlaku secara begitu perlahan.

Peranan Masyarakat


Tahap kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia mengenai aspek penjagaan alam sekitar didapati masih rendah. Aktiviti dan cara hidup masyarakat Malaysia memerlukan perubahan terutamanya dari aspek menjaga dan memulihara alam sekitar. Langkah-langkah dan strategi yang diambil tidak bermakna sekiranya tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada masyarakat sendiri. Peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat antaranya ialah:-

· mengurangkan pembaziran sumber tenaga elektrik

· mengajar kanak-kanak tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta impak dan kesan pemanasan global.

· menanam lebih banyak pokok sebagai sumber oksigen

· mengitar semula bahan terbuang.

· membantu Kerajaan dalam mengenalpasti pihak yang terlibat mencemarkan alam sekitar.

Perubahan iklim dunia dan pemanasan global yang mengundang pelbagai permasalahan sewajarnya menyentap kesedaran semua manusia di seluruh dunia agar lebih menghargai alam sekitar. Walaupun negara berada dalam suasana yang aman, namun hakikatnya tanpa disedari, sebenarnya negara berhadapan dengan ‘peperangan’ yang mengancam keselamatan rakyat yang bernaung di bawahnya. Perubahan iklim global yang melanda dilihat merungkai kerakusan yang berpunca daripada manusia sendiri. Ini memerlukan usaha dan kerjasama dari semua lapisan masyarakat dan juga komuniti antarabangsa dalam memelihara alam sekitar agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

“Kita bukan mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita”

( Mahatma Gandhi)




Wednesday, September 19, 2007

Jenayah di Malaysia mula menakutkan!





Perlakuan jenayah termasuk jenayah ke atas kanak-kanak yang berlaku seorang demi seorang menunjukkan negara ini bukan saja menakutkan bahkan makin tidak selamat. Indeks jenayah semakin meningkat cuma tidak ada peperangan. Semua orang takut melihat kes-kes jenayah yang boleh dikatakan berlaku setiap hari terutamanya pembunuhan kejam yang tidak berperikemanusiaan itu apa lagi mangsa pembunuhan itu adalah kanak-kanak yang tidak memahami erti kehidupan.

Contohnya penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang disumbat dalam beg pakaian, di Petaling Jaya Utama, kelmarin. Laporan akhbar hari ini dipetik, bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati ususnya pecah dan mengalami pendarahan teruk bahagian dalam perut akibat disumbat benda keras yang dipercayai timun dan terung.

Kes-kes seperti itu menggambarkan negara ini tidak selamat dan perlukan kepekaan dan tindakan drastik kerajaan. "Sangat sedihlah dan sebagai seorang bapa saya sendiri bimbang tentang keselamatan anak-anak pada hari ini. "Maknanya penjaga kena berhati-hati dan tidak boleh biarkan anak-anak sendirian dan kepada ibu bapa mereka kena ingat negara kita tidak selamat," Oleh kerana itu kerajaan perlu bersungguh-sungguh untuk menangani kes-kes seperti itu berulang.






Tuesday, September 18, 2007

Pulau Batu Puteh tetap milik Malaysia!

Cetusan rasa


Adakah kita bakal kehilangan satu lagi 'wilayah' ke tangan Lee Kuan Yew Co.?


Kes Pulau Batu Putih akan diputuskan oleh ICJ November depan.

Desas desus sudah bertiup, kita mungkin kecundang dan Pulau Batu Putih yang strategik akan menjadi milik Singapura selama-lamanya.

Jika itu berlaku, Singapura sentiasa mengasak kita dan mereka lebih bersedia dari segala sudut untuk menjadikan kita sentiasa terundur.

Dalam keadaan Singapura sentiasa bersedia dengan pelbagai agenda 'Singapore Win', kita pula mudah lalai dan alpa.

Untuk membangunkan WPI, kita terpaksa menjemput Singapura duduk dalam Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dua negara berdaulat untuk memajukan wilayah kita. 2,217 sq km tanah Johor akan 'diurus' bersama dengan Singapura, melalui Jawatankuasa Bersama.

Hikayat Munshi Abdullah mencatitkan, format seakan Jawatankuasa Bersama ini pernah ditubuhkan oleh Raffles. Rakyat Melayu diurus oleh Temenggong Husin, rakyat bukan Melayu diurus oleh Orang Putih.

Pelbagai konsekuen politik akan muncul kemudian. Pada waktu itu, kita sudah terlambat. Sama seperti isu penguasaan Singapura ke atas bekalan air yang membelit kita sekarang.

Mengapa tidak Pak Lah belajar dari Tun M yang telah melaksanakan program strategik Pelabuhan Tanjung Pelepas?

Pelabuhan Tanjung Pelepas adalah ancaman kepada Singapura. Ia bertujuan mengecilkan peranan Singapura dan negara kita mengambilalih sebahagian peranan dan kekuatan yang selama ini menjadi monopoli SIngapura selama beberapa abad.

Ia berjaya. Tanpa kerjasama Singapura.

PTP telah menerima kapal pertama pada 10 Oktober 1999 untuk operasi percubaan selama tiga bulan, ia telah memecah rekod menjadi pelabuhan yang paling pantas berkembang. Ia menguruskan 1 juta TEUs (Twenty-Foot Equivalent Units) kontena selama 571 hari operasi.

Dari hanya 20,696 TEUs pada akhir 1999, telah berkembang kepada 2.05 juta TEUs pada 2001, 2.66 juta tahun 2002, 3.87 juta TEUs pada 2003 untuk mengatasi kedudukan Pelabuhan Kelang. Port Tanjung Pelepas dengan itu menjadi pelabuhan terbesar negara kita.

Pada tahun 2004, ia meningkat 15.2 % lagi, menjadikannya pelabuhan yang ke 16 tersibuk di dunia. Pada 2006, ia menguruskan 4.7 juta TEUs.

Ia meletakkan dirinya sebagai pilihan kepada Pelabuhan Singapura.

Maersk Sealand, operator kapal kontena terbesar dunia, memindahkan semua operasi perkapalannya di Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas pada tahun 2000. Singapura menyaksikan kejatuhan 10% perniagaan pelabuhannya kerana tindakan itu.

Pada 2002, Evergreen Marine Corporation, pada waktu itu, syarikat perkapalan kedua besar dunia pula, memindahkan operasinya dari Singapura.

Sekilas fakta ini, membuktikan bahawa, pembangunan sehebat Tanjung Pelepas boleh dilakukan tanpa Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dengan mana-mana negara asing yang memungkin pengaruh dan penentuan terma-terma yang boleh merugikan kita boleh berlaku.

Apa perlunya Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dengan Singapura untuk WPI?

Apakah kita tidak mempunyai keupayaan merancang sendiri, seperti telah kita buktikan dalam kes Tanjung Pelepas?

Apa lagi jika bentuknya hanya untuk menjual tanah kepada Singapura?



Sunday, September 16, 2007

Yang Cemerlang dan Yang Kandas

Mungkin tidak keterlaluan jika pada hari ini kita melihat sekolah seperti kilang; kilang melahirkan generasi cemerlang (lihat Utusan Online 17 Mac 2007, 13 Mac 2007, 23 Mac 2006, 14 Mac 2006). Lalu kita meletakkan harapan yang amat tinggi terhadap produk sekolah kita, malah kita memilih sekolah-sekolah yang telah berjaya menghasilkan pelajar cemerlang untuk menempatkan anak-anak kita di situ, kerana bagi kita, kilang yang telah menghasilkan produk yang baik pastinya akan dapat menggilap kecemerlangan anak-anak kita dengan baik juga. Namun kadangkala kita lupa bahawa produk yang baik hanya dapat dihasilkan jika bahan mentahnya baik.

Saya sedar bahawa amat salah untuk menjadikan ‘kilang’ sebagai analogi kepada sekolah-sekolah kita. Namun saban tahun kita sering meuar-uarkan dalam media massa tentang pencapaian cemerlang sekolah-sekolah tertentu, khususnya sekolah-sekolah berasrama penuh. Lalu, kita juga mengangkat tenaga pengajar sekolah-sekolah hebat ini sebagai tenaga pengajar yang proaktif, beriltizam tinggi, lebih bijak, pandai mendidik, menggunakan teknik pengajaran yang canggih dan kualiti-kualiti lain yang menjustifikasikan pencapaian cemerlang sekolah tempat mereka bertugas. Dengan itu juga kita lupa bahawa bahan mentah yang masuk ke sekolah-sekolah sedemikian adalah bahan-bahan berkualiti yang telah ditapis atau disenaraipendekkan. Lebih malang lagi kita jarang mahu mengetahui apakah masalah sekolah-sekolah yang corot dalam pencapaian Peperiksaan Nasional itu.

Dalam suatu seminar ‘Outcome Base of University Education’ yang pernah saya hadiri, penceramah pernah membangkitkan isu guru-guru daripada sebuah sekolah menengah yang ‘tercorot’ keputusan Peperiksaan SPM-nya yang mencabar Pegawai Pendidikan Daerah supaya menukarkan semua guru dari sekolah yang dikategorikan hebat supaya mengajar di sekolahnya yang rata-rata terdiri daripada anak-anak pekerja kilang dan pelajar-pelajar yang genjot iltizam mereka: untuk melihat sejauh mana hebatnya guru-guru sekolah cemerlang berkenaan. “Adakah guru yang cemerlang atau pelajarnya yang sememangnya cemerlang, yang sudah ditapis dan sedia cemerlang?” Atau secara analoginya ‘bahan mentahnya’ sudah sedia cemerlang.

Malah seorang bapa di Bandar Baru Bangi, yang namanya tidak mahu didedahkan, telah memberitahu saya bahawa anaknya yang dihantar ke salah sebuah Sekolah Menengah Sains telah meminta ayahnya mengeluarkannya daripada sekolah tersebut kerana guru-gurunya yang tidak bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malah pada suatu ketika semasa pengajian saya di England, rakan-rakan bekas lulusan Sekolah Menengah Sains menyatakan bahawa perolehan keputusan cemerlang di Sekolah Menengah Sains adalah sebahagiannya kerana soalan-soalan ramalan Peperiksaan Nasional yang hampir menyamai soalan-soalan sebenar peperiksaan dan bukannya kehebatan guru-gurunya. Pastinya kita boleh mencabar dakwaan sedemikian kerana guru juga memainkan peranan utama. Pembolehubah yang lain dalam hal kecemerlangan sekolah sedemikian dikatakan berasaskan kecemerlangan pelajar itu sendiri. Walau bagaimanapun bukan isu ini yang hendak saya ketengahkan.

Setiap kali apabila keputusan Peperiksaan Nasional yang diduduki oleh pelajar-pelajar sekolah kita, baik di peringkat UPSR, PMR, SPM dan STPM diumumkan, kita sering akan membicarakan keputusan cemerlang yang dicapai oleh sekolah-sekolah tertentu dan lebih riuh lagi, keputusan individu tertentu di kalangan pelajar-pelajar kita. Lalu jika ada anak-anak kita yang telah menduduki peperiksaan sedemikian maka jiran-jiran, rakan sekerja, ahli keluarga dan kenalan kita akan menelefon dan bertanya tentang berapa ‘A’ yang telah diperolehi. Maka ada yang menjawab dengan megahnya, dan ada yang menjawab tanpa ditanya kerana anak-anak mereka mendapat banyak ‘A’ yang seharusnya dibanggakan. Itu bukan suatu kesalahan pada pandangan kita. Itu baik kerana budaya ‘kecemerlangan’ harus diangkat dan dijulang dalam sfera masyarakat. Maka pelajar hebat seperti Amalina, sebagai contoh, menjadi idola, malah ada yang cuba pula menipu untuk mengalahkan Amalina.

Seorang guru yang amat saya kenali di Shah Alam pada beberapa tahun yang lalu, telah menangis kesedihan yang amat sangat apabila keputusan UPSR anaknya diumumkan. Kebetulan anaknya yang mengambil peperiksaan UPSR itu juga bersekolah di sekolah tempat dia mengajar. Dia menangis bukan kerana anaknya gagal mendapat keputusan 5A. Sebaliknya dia menangis kerana setelah semua guru-guru bertungkus-lumus sepanjang dua tahun mengerah tenaga untuk melahirkan pelajar cemerlang di sekolahnya, hanya anak dia sahaja satu-satunya yang mendapat keputusan cemerlang 5A.

Dengan budaya memuja kecemerlangan yang sedemikian kita berlumba-lumba untuk memastikan bahawa anak-anak kita cemerlang. Kita menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Guru-guru juga ghairah mencari ruang untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan menjadi guru tuisyen. Daripada pengalaman rakan-rakan di kalangan guru, saban malam sesetengah daripada mereka akan bertungkus-lumus ke sana ke mari kerana keterlibatan mereka sebagai guru tuisyen. Namun kita lupa orientasi kelas-kelas tuisyen ialah peperiksaan, soalan ramalan, skema soalan peperiksaan dan skema jawapan peperiksaan; amat malanglah jika soal moral, nilai murni dan disiplin diletakkan ke tepi.

Kerana ramai yang telah belajar di pusat-pusat tuisyen terutamanya pada tahun-tahun yang mereka akan menghadapi Peperiksaan Nasional, maka saya pasti terdapat keselesaan guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah. Tanggapan ‘prakonsif’ bahawa pelajar telah menggarap kemahiran dan ilmu daripada pusat-pusat tuisyen pastinya memberikan impak negatif kepada guru-guru untuk mengembleng tenaga mereka di bilik-bilik darjah. Lalu kita lihat yang akan menjadi mangsa ialah anak-anak daripada keluarga kurang berada; yang tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Lalu sebahagian daripada mereka ini akan menjadi calon ‘pelajar kandas’ yang berkontradik dengan ‘pelajar cemerlang’.

Dengan senario sedemikian itu juga kita lupa bahawa di tengah-tengah kehadiran pelajar cemerlang itu telah wujud koloni para pelajar yang berkompleks inferioriti dan melihat masa depan mereka dengan penuh kekaburan dan tandus keyakinan. Sesetengah daripada mereka menghadapi tekanan kerana terabai dari segi pergaulan di sekolah, pandangan negatif guru-guru, dan ditindan-tindih dengan kedaifan keluarga yang kurang berkeupayaan. Sesetengahnya juga menjadi agresif, kurang disiplin, mula menubuhkan koloni mereka yang tersendiri dan terdedah dengan pelbagai gejala seperti gangsterisme, dan kumpulan kongsi gelap.

Pelajar yang saya labelkan sebagai calon ‘kandas’ ini sesetengahnya pula memang buta huruf, walaupun mereka bukannya lembam. Kerana orientasi masyarakat kita yang terlalu menekankan pencapaian peperiksaan, keputusan cemerlang dan menyanjung tinggi pelajar cemerlang, pelajar kandas ini telah kita pinggirkan dan kita biarkan begitu sahaja tanpa ada suatu strategi yang tuntas dan berkesan untuk memulihkan mereka. Lazimnya sekolah-sekolah kita melepaskan tangan dan membiarkan pelajar-pelajar kandas ini berlarutan dengan sikap, tingkah laku dan pencapaian corot mereka. Mereka ini seakan-akan disembunyikan apabila laporan-laporan kepada Pegawai Pendidikan Daerah jarang sekali mengangkat isu ini. Ironinya sekolah-sekolah yang pencapaiannya rendah akan ‘dihentam’ dan akhirnya ‘hentaman’ itu tertuju kepada guru-guru yang lelah, dan kecewa kerana ‘bahan-bahan mentah’ yang mereka terima sudah sedia buruk sehingga menjadi mustahil untuk menjadi produk cemerlang.

Berdasarkan satu temubual saya dengan seorang guru di salah sebuah sekolah di Bandar Baru Bangi, pada tahun ini di sekolahnya terdapat kira-kira 15-20 peratus pelajar dalam Tingkatan Tiga dan Lima yang masih buta huruf atau separa buta huruf. Mereka bukan sahaja bakal menjadi calon-calon kandas, tetapi sesetengahnya menjadi pengganggu kepada sistem pembelajaran-pengajaran di bilik darjah kerana disiplin mereka yang rendah, kerap ponteng sekolah, agresif, biadap dan mengancam kerja-kerja guru.

Gejala yang serantaian seperti menganggu pelajar-pelajar lain, merosakkan harta benda sekolah, mengugut guru-guru, agresif, suka bergaduh, terlibat dengan gangsterisme, dan gejala lain yang memesongkan mereka daripada nilai murni sering kita lihat di kebanyakan sekolah menengah (sila lihat Utusan Online tentang gejala gangsterisme dan pelajar ganas di sekolah pada: 28 April 2004, 26 April 2004, 25 Jan 2004, 15 Ogos 2000, 25 April 2000, dan 3 Mac 2000). Hal ini mengheret permasalahan serius di sekolah kita kerana golongan pelajar yang saya lihat sebagai ‘malang’ ini seringkali kita abaikan tanpa perhatian serius, tidak seperti calon-calon pelajar cemerlang yang dipuja, dijulang dan diberi ruang yang amat luas untuk kejayaan masa depan mereka.

Dengan menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai kajian kes mini, saya dapati bahawa iltizam murni Jabatan Pendidikan Daerah mewujudkan Sekolah Menengah Khas untuk pelajar cemerlang UPSR telah membangkitkan suatu paradoks kerana projek sekolah tersebut telah menarik keluar pelajar-pelajar cemerlang dari kawasan ‘catchment’ tertentu seperti Sek Men Jalan Reko. Lalu yang tertinggal di kawasan catchment itu ialah pelajar-pelajar yang kurang beriltizam dan yang menjadi masalah ialah sesetengahnya ialah calon-calon pelajar kandas.

Namun keadaan menjadi lebih parah apabila sebahagian daripada pelajar-pelajar dan guru-guru di kawasan catchment ini, daripada aspek psikologinya, telah tercalar motivasi mereka, muram, dan tebal dengan kompleks inferioriti kerana komposisi pelajar yang rata-rata dipenuhi oleh para pelajar yang rendah pencapaian mereka. Hal ini dibebankan lagi apabila 90 peratus guru-gurunya adalah wanita yang saya pasti kurang berkesan untuk menangani pelajar-pelajar lelaki yang agresif, bermasalah, dan rendah tahap disiplin mereka, dan kerap kali hanya menjadikan guru-guru bahan lelucon mereka.

Pada tahun 2007 saja misalnya terdapat enam orang guru wanita di salah sebuah sekolah menengah di Bandar Baru Bangi, yang ‘keguguran’ kerana stres akibat yang dipercayai berpunca daripada sikap dan tingkah-laku pelajar-pelajar yang ‘biadap’ dan disiplin yang rendah. Bayangkan bagaimana terganggunya emosi guru-guru akibat sikap pelajar yang biadap, mengganggu pengajaran guru, mengganggu pelajar lain, tidak membuat kerja rumah, bising semasa proses pembelajaran-pengajaran. Emosi guru yang terganggu akan menjejaskan tumpuan guru itu sendiri dan akhirnya proses pembelajaran-pengajaran menemui kegagalan. Guru kecewa dan pelajar terbiar. Yang menjadi mangsa ialah golongan pelajar yang bersungguh-sungguh hendak belajar. Akhirnya gejala ini berlarutan.

Sistem persekolahan di negara ini tidak menyediakan kelas pemulihan; apa yang wujud ialah kelas pemulihan untuk pelajar lembam (yang dijustifikasikan oleh pemeriksaan doktor pakar), bukannya untuk pelajar ‘kandas’. Memang ada kelas peralihan, tetapi konsep kelas-kelas peralihan ini disediakan untuk para pelajar lepasan Darjah Enam yang datang daripada Sek Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia mereka dan bukannya khusus untuk tujuan pemulihan.

Sekolah-sekolah kita juga menghadapi masalah kerana komposisi guru-guru wanita dan lelaki tidak seimbang malah di sekolah-sekolah tertentu kadar guru lelaki kepada guru wanita ialah 2:8 dan sesetengahnya 1:9. Tidak dinafikan banyak faktor lain yang menekan seperti bilangan pelajar yang padat dalam satu-satu bilik darjah (sehingga lebih 40 orang pelajar), persekitaran sosial yang tidak sihat, masalah inflasi/ekonomi, pengaruh urbanisasi, gejala konsumerisme, dan hedonisme yang kental.

Saya percaya bahawa wujud korelasi yang tinggi antara kewujudan pelajar kandas pada masa lalu dengan kes-kes jenayah masakini: gangsterisme, ragut, rompak, pecah rumah, curi motosikal, dadah, seks bebas, rogol, Mat Rempit, dan gejala lain.

Saya juga percaya bahawa wujud di kalangan pelajar kita golongan ‘late developer’ sedangkan sistem persekolahan kita mengasak, mengheret dan menolak mereka ke peringkat atas tanpa proses pemulihan dan penapisan. Setiap pelajar mempunyai potensi mereka yang berbeza, dan dari aspek psikologi pendidikan mereka juga menuntut pendekatan yang berbeza dalam proses pengajaran-pembelajaran.

Saya masih ingat lagi bagaimana tindakan korporal digunakan untuk menangani masalah disiplin di sekolah-sekolah kita pada tahun-tahun 60-an dan 70-an dahulu. Hari ini kita menolak sistem sedemikian dan kemudiannya kita berhadapan dengan kes-kes pelajar memukul guru, mengugut guru malah menggunakan samseng untuk berindak ganas ke atas guru-guru yang sebenarnya mahu menjadikan mereka manusia mulia (sila lihat Utusan Online 12 Sep 2006, 6 Sep 2006, 4 Sep 2006, 24 Sep 2005).

Saya percaya sudah sampai masanya kita mewujudkan ‘Sekolah Khas Pemulihan Pelajar’ bagi mengatasi masalah disiplin yang rendah di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara, seiring dengan penubuhan sekolah-sekolah berasrama penuh yang mengangkat dan memuja para pelajar cemerlang. Kita harus kesan kewujudan pelajar-pelajar yang rendah tahap disiplin mereka untuk ditempatkan di sekolah-sekolah pemulihan ini, sekurang-kurangnya untuk selama setahun. Konsep Sekolah Khas Pemulihan Pelajar ini hendaklah dipisahkan daripada konsep ‘sekolah jahat’ seperti Sekolah Henry Gurney, kerana kemasukan pelajar-pelajarnya ditentukan oleh mahkamah juvenil.

Setelah mengikuti pendidikan di sekolah pemulihan khas ini, dan sekiranya laporan pemulihan mereka memuaskan barulah mereka boleh dibenarkan kembali semula ke sekolah asal mereka. Guru-guru di sekolah pemulihan ini hendaklah guru-guru terlatih bagi mendidik pelajar kandas, agresif, ganas dan memulihkan mereka sebelum mereka kembali kepada sekolah yang sewajarnya.

Kita tidak mahu mewujudkan konsep penjara untuk anak-anak muda yang masih mentah ini, namun kita harus sedar bahawa golongan ini tidak boleh dibiarkan bercampur dengan pelajar-pelajar lain yang ada harapan untuk berjaya dan mungkin diangkat sebagai pelajar cemerlang di peringkat PMR, SPM dan STPM.

Kita sudah sekian lama menghapuskan sistem penapisan melalui PMR. Pada masa kini semua pelajar, sama ada yang lulus PMR, atau tidak, secara automatiknya dibenarkan masuk ke Tingkatan Empat. Sedangkan kita tahu ada di antara mereka yang buta huruf dan ketinggalan dalam banyak aspek pendidikan asas. Golongan ini akan terus tenggelam sehingga mereka ke Tingkatan Lima. Bayangkanlah jika mereka meninggalkan bangku sekolah dengan sifat buta huruf, bebal, ganas dan agresif.

Golongan calon pelajar kandas ini pada pengalaman dan pada perkiraan saya, akan menjadi pengganggu kepada proses pengajaran-pembelajaran di bilik darjah. Sedangkan kita tahu bahawa dari aspek psikologi remaja, zaman remaja antara 13 – 17 tahun adalah zaman yang ‘tegang dan memberontak’ yang harus ditangani dengan bijaksana dan dengan kepelbagaian strategi. Sekolah Khas Pemulihan Pelajar ini mungkin boleh menjadi suatu ‘sistem penapisan pelajar’supaya proses pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah Tingkatan Empat dapat berjalan lancar dan selesa.

Gelombang Kedua Internet

Fenomena ‘Jum Heboh’ yang menjadi ikon strategi pemasaran salah sebuah media penyiaran Malaysia telah menjangkiti ‘gelombang kedua’ dalam internet melalui kegiatan bloger, akhbar Internet dan laman web NGO, yang kadangkala terlihat sebagai suara rakyat dan kadangkala sebagai suara yang tertujah daripada wacana intelektual. Namun kadangkala juga tertonjol sebagai suara emosional yang pedih dan kecewa kerana meningkatnya gejala rasuah, gejala jenayah, gejala hedonisme, Islamofobia, rasisme, dan banyak lagi. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana masyarakat Malaysia sudah mempunyai ruang bebas untuk bersuara dan mengaitkannya dengan suara demokrasi. Malah ‘demokrasi terpimpin’ sebagaimana diuar-uarkan oleh Sukarno pada sekitar tahun 1950-an dahulu sudah ketinggalan zaman, malah dilihat sebagai ‘autokratik’ dan tidak lagi relevan dengan tahap keintelektualan rakyat Malaysia masa kini. Masakan demokrasi itu harus ‘ditentukan baik dan buruknya oleh pemerintah’ sedangkan falsafah demokrasi itu tertegak oleh prinsip ‘kebebasan rakyat untuk menentukan sistem pemerintahannya sendiri’. Pastinya kita menolak kebebasan mutlak yang tidak bertanggungjawab apatah lagi jika ia tercerna dengan kebebasan lewah yang lari daripada fitrah manusiawi.
Masyarakat Malaysia sudah tahu mendesak kerajaan supaya melibatkan suara rakyat dan bukan sekadar suara ‘wakil rakyat’ dalam hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan, kesejahteraan, kewarganegaraan mereka dan soal penentuan dasar Negara. Suara-suara sebegini lazimnya ditolak ketepi oleh media arus perdana pastinya bukan kerana tiada ketentusahannya tetapi kerana soal kritikan yang pedas, soal pengampang (gatekeeper), soal ‘agenda media’, soal ‘kuasa korporat media’ dan mungkin juga soal mengancam keharmonian social dan keselamatan negara.
Saya melihat perkembangan ini (jika ia bukan dari satu gejala) sebagai ‘gelombang kedua Internet’ kerana pada ‘gelombang pertama’ kandungan suara-suara internet lebih banyak dikaitkan dengan suara bangkangan yang banyak terdorong kepada suara ‘kepartian’. Malah pada sekitar 1998 sebaik-baiknya Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) digubal dan dimaktubkan, suara-suara pedas internet lebih banyak terisi dengan suara ‘reformasi’ dan parti pembangkang yang menghentam pemimpin tertinggi negara secara peribadi, kaya dengan unsur fitnah, hasutan, dan kempen kebencian. Namun pada gelombang kedua ini, sifat sedemikian telah berubah haluannya.AKM 1998 di bahagian 3(3) antara lain, pada dasarnya menyarankan bahawa internet di Malaysia adalah bebas daripada tapisan pihak berkuasa. Dengan itu, jelaslah kerajaan membuka pintu bersuara yang luas bagi pengguna Internet untuk melampiaskan apa sahaja yang mereka fikirkan benar meskipun kadangkala ia hanya ditanggapi sebagai benar.
Pastinya saya bersetuju jika dikatakan AKM 1998 mengheret suara paradoks; pada sangkaan kita kebebasan Internet akan membawa kebaikan, namun ia mengheret juga masalah kepada pemerintah apabila ia menjadi pentas kepada rakyat untuk bersuara tanpa lagi perlu melalui wakil rakyat. Ia juga menjadi paradoks kerana pada sangkaan kita literasi internet di kalangan rakyat amat rendah, namun kita lupa ia telah membawa kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia melalui ‘kesan pendaraban’ internet itu sendiri. Ia juga suatu paradoks kerana keikhlasan kerajaan untuk mempromosikan Koridor Raya Multimedia dengan membuka ruang kebebasan bersuara melalui Internet dan enakmen AKM 1998, telah bertukar menjadi pentas mengkritik jika bukan ‘menghentam’ kerajaan. Maka dengan itu persoalan yang dahulunya sensitif dan dianggap ’taboo’ kepada rakyat telah menjadi perbualan di kedai-kedai kopi, di surau-surau malah diangkat sebagai wacana intelektual di seminar tempatan mahupun di peringkat antarabangsa. Inilah yang saya hujahkan sebagai ‘gelombang kedua’. Namun kita harus juga faham bahawa daripada teori ‘kritikan’, para sarjana, misalnya Habermas dan Hokhemier, bersetuju bahawa rakyat mengkritik kerana rakyat mahu melihat perubahan.
Malah kerajaan juga seakan-akan menggalakkan ‘kehebohan’ Internat itu apabila kerajaan memberi respons yang positif terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh pengguna internet. Pada zaman Tun Mahathir lagi kita lihat bahawa isu ‘sistem kuota’ kemasukan ke Universiti mengikut kaum telah bertukar kepada ‘sistem meritokrasi’. Apa yang saya lihat, sistem kuota itu sering dikritik oleh suara-suara rakyat melalui internet. Penubuhan Suhakam juga mempunyai kebangkalian yang tinggi daripada tindakan suara-suara rakyat melalui Internet.Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis yang telah dibawa ke parlimen juga mempunyai relevannya yang tinggi dengan suara-suara rakyat melalui Internet. Tindakan BPR terhadap Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri adalah berasaskan pendedahan rasuah melalui internet. Tindakan BPR terhadap Ketua Polis Negara baru-baru ini juga berpunca daripada Internet. Dan akhir-akhir ini kita lihat pihak pemerintah menjadi ‘gelabah’ dengan tingkah riuh-rendah ‘Malaysia Today’,’Sang Kelembai’,’Rockybru’,’Screenshot’ dan lain-lain.
Bukannya tiada tindakan pihak berkuasa untuk menghalang kegiatan suara-suara Internet ini jika ia dilihat terpesong ke arah mengancam keselamatan negara, dan jika ia lewah fitnah dan hasutan. Namun tindakan sedemikian acapkalinya dilihat sebagai gagal dan kurang kesannya, apatah lagi ia bertentangan dengan falsafah AKM 1998. Kita juga harus ingat bahawa suara-suara rakyat ini diperhatikan dan dinilai oleh wargadunia; misalnya apabila Malasiakini diserbu polis dan merampas sebilangan besar komputernya pada suatu ketika dahulu, banyak pertubuhan kewartawanan dan hak asasi manusia di seluruh dunia menentang tindakan sedemikian. Itu belum lagi dikira rungutan pelabur-pelabur antarabangsa ICT di Koridor Raya Multimedia Malaysia. Malah paradoksnya juga ia menjadi berita Internet yang teruar-uar di seluruh jagat alam; sehingga Steven Gan Kedua Editor Malaysiakini diangkat sebagai wira oleh beberapa organisasi kewartawanan peringkat antarabangsa dan telah memenangi pelbagai anugerah kewartawanan peringkat dunia yang jarang digarap oleh wartawan media arus perdana negara kita.
Lalu hari ini kita lihat mantan Perdana Menteri sendiri telah meluahkan kritikan dan pandangannya terhadap kerajaan melalui Internet. Pada hal, pada suatu ketika dahulu Tun sendiri amat tidak senang dengan Malaysiakini yang dilihat sebagai ‘idola’ akhbar Internet. Prihatinnya kita terhadap YAB Abdullah kerana ketika beliau diangkat menjadi Perdana Menteri, Internet sudahpun matang dan kian dewasa. Maka banyaklah terhunjam kritikan-kritikan pedas suara-suara rakyat jika mereka bertembung dengan kelemahan-kelemahan yang mereka mahu kerajaan mengubahnya. Cuma satu sahaja pegangan yang menjadi harapan kita sebagaimana kata John Milton, ahli falsafah Inggeris: ‘Biarlah kebenaran dan kepalsuan itu bertembung dalam media massa, pada akhirnya pasti kebenaranlah yang akan menang’. Islam Hadhari juga pastinya tidak menolak falsafah sedemikian.