Hari ini masuk empat hari umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadat puasa sempena bulan Ramadhan al-Mubarak. Ramadhan merupakan antara bulan yang paling ditunggu-tunggu umat Islam kerana ganjaran yang berlipat ganda menanti setiap orang yang membuat amal ibadat.
Namun, jangan dilupakan bahawa membuat sesuatu untuk kebaikan ramai sekalipun membuang sampah ke dalam tong sampah juga adalah ibadat.
Kehadiran Ramadhan tidak dapat dipisahkan dengan sambutan Aildilfitri selepasnya. Sememangnya Aidilfitri juga tidak dapat dipisahkan dengan masalah kenaikan harga ayam!Tahun ini adalah bukti keegoan dan kebiadaban pembekal-pembekal ayam di negara ini yang semakin menjadi-jadi.
Pada 11 September 2007 penjual-penjual ayam telah dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga ayam sehingga RM7.00 sekilo melebihi paras harga siling yang ditetapkan iaitu RM5.60. Alasannya, seperti biasa, pembekal menjual dengan harga yang tinggi. Apabila ditanya kepada pembekal, jari ditunding pula kepada penternak. Penternak menyatakan bahawa mereka telah lama menanggung kenaikan harga kos.
Walau bagaimanapun, mengapa baru kini harga ayam hendak dinaikkan?Jika dipandang dari sudut supply and demand theory, permintaan daging ayam masih seperti kadar biasa. Biasanya ketika menjelangnya Aidilfitri barulah permintaan menjadi semakin banyak oleh kerana setiap keluarga ingin membuat rendang ayam. Hari ini dan tempoh 29 hari akan datang, umat Islam yang mendominasi negara ini masih menjalankan ibadat puasa.
Siapa yang memerlukan jumlah ayam yang sangat banyak? Sepatutnya soal peningkatan jumlah permintaan daging ayam tidak timbul.Jika difikirkan secara lebih mendalam lagi, setiap tahun rakyat akan dibelenggu dengan kenaikan harga barang terutama daging ayam ketika musim perayaan umat Islam sahaja. Ketika menjelangnya perayaan Tahun Baru Cina dan Deepavali, tidak akan kedengaran rungutan rakyat terhadap kenaikan harga barang.
Namun harus diingat bahawa ketika perayaan Thaipusam tahun lalu, harga kelapa turut dinaikkan. Apa yang semakin memeningkan kepala, harga limau mandarin tidak pula naik ketika rakyat menyambut Tahun Baru Cina. Adakah terdapat satu pakatan antara pembekal barangan terutama pembekal makanan seperti daging ayam untuk mendesak Kerajaan menaikkan harga siling daging ayam?
Siapa pula majoriti pembekal-pembekal ini? Adakah kerana industri penternakan dan pembekalan barangan di negara ini secara majoritinya dikuasai oleh golongan tertentu menyebabkan mereka berasa sangat berkuasa menindas rakyat negara merdeka ini dari segi ekonomi? Adakah disebabkan itu juga mereka dengan nada sombong dan biadap (seperti rakaman temubual dengan Persatuan Peniaga Ayam Itik Perak yang disiarkan Buletin Utama TV3 pada 11 September 2007) ingin menaikkan harga ayam melebihi paras harga siling yang ditetapkan?
Apa yang penting pada masa ini, pengguna negara ini perlu bijak dan kuat bagi sama-sama menentang penindasan segelintir bangsa Malaysia ke atas bangsa sendiri ini dengan kurang membeli daging ayam. Carilah alternatif lain yang lebih sedap untuk dijadikan juadah kita. Hidup bukan untuk makan tetapi makan untuk hidup.
Kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran sepatutnya lebih bijak daripada ayam.Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menentang penindasan ala zionis di bumi merdeka ini.
No comments:
Post a Comment