Roslan SMS CornerBanyak pihak tidak selesa malah meragui kewibawaan Dollah Badawi sebagai PM. Kalau kita menjengok ke laman sahabat saya Sang Kelembai, Dollah langsung tidak mendapat simpati di sana.Seingat saya portfolio Menteri Kewangan mula dipegang oleh PM ketika Tun Dr Mahathir menjadi PM dahulu. Walaupun seorang doktor perubatan dari segi profession, terbukti Tun lebih hebat dari mana-mana lulusan ekonomi dan kewangan apabila memagang portfolio ini.
Beliau banyak membaca dan menerima pendedahan berhubung bidang yang dipertanggugjawabkan kepada beliau itu.Seorang yang rapat dengan saya (lulusan perakaunan) pernah mengatakan bahawa beliau diminta memberikan taklimat kepada Tun di Pejabat PM berkenaan isu kewangan Islam.
Appointment nya jam 6.00 petang (bermakna PM masih di pejabat pada waktu itu, mungkin PM yang lain sudah berada di padang golf, atau sedang tidur), dan suasana di Pejabat PM ketika itu sibuk, Tun masih berjumpa dan berbincang dengan penasihat ekonomi, pegawai Bank Negara walaupun pada waktu suntuk sebegitu (Menteri Kewangan sekarang abgaimana agaknya?)Saya ada membaca dalam akhbar Straits Times bertarikh 31 Ogos 1957, yang diterbitkan semula secara percuma oleh NST sempena ulangtahun kemerdekaan Negara baru-baru ini, berkenaan almarhum YTM Tunku, PM kita yang pertama.
Laporan itu menulis Tunku tidak mahir dengan angka-angka, dan mungkin kerana mahukan yang terbaik untuk Negara, maka beliau telah melantik Sir Henry Lee dan kemudiannya Tan Siew Sin sebagai Menteri Kewangan. Hari ini mengekalkan tradisi Tun Dr M, portfolio Menteri Kewangan terus dipegang oleh PM, dengan bantuan Menteri kewangan II.
Tetapi bagaimanakah prestasi Dollah selaku Menteri Kewangan berbanding Tun Dr M contohnya?Menteri Kewangan bukan sekadar membentangkan bajet setahun sekali di Parlimen, ia lebih besar dan penting dari itu. Tengku Razaleigh dan Dato Seri Anwar adalah antara contoh pemimpin Melayu yang pernah memegang portfolio ini dengan baik.Apa masalahnya dengan Dollah?
Banyak insiden sebelum ini yang menggambarkan betapa Dollah berkemungkinan tidak bersedia memegang portfolio ini, tetapi pegang juga mungkin atas sebab-sebab politik yang hanya beliau dan mereka yang rapat dengannya ketahui.Semalam berlaku dua insiden yang bagi saya membuktikan yang masanya sudah tiba bagi Malaysia untuk mendapatkan seorang Menteri Kewangan baru.
Pertama selepas mempengerusikan sebuah mesyuarat PKS Kebangsaan di Bank Negara. Para pemberita telah melontarkan soalan yang sedang hangat diperkatakan iaitu mengenai perbezaan peruntukkan pembangunan yang dicatatkan dalam Laporan Ekonomi 2007/2008 dengan Bajet 2008 yang telah beliau bentangkan baru-baru ini.Laporan ekonomi itu menyebut RM40 billion sedangkan Bajet yang Dollah bentangkan (bacakan) menyebut angkanya sebagai RM48.12 billion. Ketua Pembangkang telah membangkitkan perbezaan RM8.12 billion ini semasa satu siding akhbar di Parlimen semalam.
Kata Dollah Menteri Kewangan II telah diarahkan memberi penjelasan bertulis berhubung perbezaan itu.Kata beliau lagi:
Saya harap anda semua tunggu sehingga ia dikeluarkan dan kemudian disiarkan untuk dibaca oleh orang ramai.
Jangankan pemberita, saya kira saya yang membaca berita ini pun tidak berpuas hati dengan penjelasan Dollah itu.
Takkanlah beliau tidak langsung dapat memberikan gambaran dimana dan bagaimana secara kasar perbezaan yang besar itu boleh berlaku? Atau mungkinkah beliau tidak tahu?Kedua, semalam juga dalam majlis yang lain, pemberita bertanya Dollah pula berkenaan perkembangan rundingan antara Volkswagon dan Proton.
Semalam terbit laporan bahawa VW telah mengemukakan cadangan untuk mengambil cuma 20% kepentingan Proton buat permulaan dan hanya akan mempertingkatkannya kepada 50% dalam tempuh 5 tahun apabila kerajaan memenuhi beberapa permintaannya.
Apa kata Dollah?
It has not come to us formally yet. All matters regarding VW are still under discussions.(Ianya belum sampai kepada kamis ecara formal lagi.
Semua perkara berkenaan VW masih diperingkat rundingan lagi.)Sekali lagi ramai pihak tidak memperolehi penjelasan yang sewajarnya dari seorang yang memegang portfolio Menteri Kewangan. Mungkinkah memang Dollah berhasrat mahu merahsiakan segala-galanya buat masa ini (walaupun dunia korporat terdedah terhadapnya) atau mungkinkah beliau sememangnya tidak mengetahui perkembangan yang sedang berlaku?
Saya tidak mempertikaikan kelayakkan Dollah, tetapi dalam bab kedudukkan sebagai Menteri Kewangan ini rasa saya biarlah diserahkan kepada ahlinya yang lebih layak. Rasulullah saw berpesan kepada kita:Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kerosakan yang bakal menimpa.
No comments:
Post a Comment