Wednesday, September 19, 2007

Jenayah di Malaysia mula menakutkan!





Perlakuan jenayah termasuk jenayah ke atas kanak-kanak yang berlaku seorang demi seorang menunjukkan negara ini bukan saja menakutkan bahkan makin tidak selamat. Indeks jenayah semakin meningkat cuma tidak ada peperangan. Semua orang takut melihat kes-kes jenayah yang boleh dikatakan berlaku setiap hari terutamanya pembunuhan kejam yang tidak berperikemanusiaan itu apa lagi mangsa pembunuhan itu adalah kanak-kanak yang tidak memahami erti kehidupan.

Contohnya penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang disumbat dalam beg pakaian, di Petaling Jaya Utama, kelmarin. Laporan akhbar hari ini dipetik, bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati ususnya pecah dan mengalami pendarahan teruk bahagian dalam perut akibat disumbat benda keras yang dipercayai timun dan terung.

Kes-kes seperti itu menggambarkan negara ini tidak selamat dan perlukan kepekaan dan tindakan drastik kerajaan. "Sangat sedihlah dan sebagai seorang bapa saya sendiri bimbang tentang keselamatan anak-anak pada hari ini. "Maknanya penjaga kena berhati-hati dan tidak boleh biarkan anak-anak sendirian dan kepada ibu bapa mereka kena ingat negara kita tidak selamat," Oleh kerana itu kerajaan perlu bersungguh-sungguh untuk menangani kes-kes seperti itu berulang.






2 comments:

Anonymous said...

Setiap hari, kita dihidang dengan kes-kes jenayah di tv. Takut betul. Apa dah jadi dengan negara kita. Kalau dulu, kita hanya dengar cerita bunuh, rogol di New York tetapi keadaan sama telah berlaku di negara kita. Apa dah jadi ni.

Anonymous said...

Ada 3 punca utama kadar jenayah di malaysia semakin meningkat iaitu.
1. TIDAK KEMBALI KPD AL QURAN
2. TIADA KETEGASAN DLM PERLAKSANAAN UNDANG2.
3. AMALAN RASUAH
Penjenayah kejam MESTI dihukum bunuh! Penjenayah asing MESTI duhukum dan dihantar pulang sertamerta tanpa di benarkan masuk semula ke M'sia.