Saya tertarik untuk mengupas isu ini setelah meneliti dan menilai beberapa penulisan teman saya di laman-laman web dan blog. Apa yang menarik yang ingin saya kongsi bersama adalah apakah perkara sebenar di sebalik kejadian rusuhan di Batu Burok itu yang tidak didedahkan oleh mana-mana media sama ada media internet atau arus perdana.
Kita hanya mempersalahkan polis yang dianggap bertindak ganas terhadap orang Melayu tetapi longlai apabila berhadapan dengan Cina di Melaka. Di sini kita janganlah cepat melatah dan menganggap polis hanya berani terhadap Melayu.
Cuba kita renungi dan hayati apa yang berlaku di Batu Burok dan penganjur ceramah berkenaan. BERSIH adalah sebuah pertubuhan atau organisasi bukan Kerajaan yang tidak didaftarkan dengan pendaftaran pertubuhan. Justeru, BERSIH adalah sebuah organisasi tidak sah di sisi undang-undang. Oleh itu, tidak salah pihak polis untuk tidak memberikan permit kepada organisasi yang tidak sah. Belum ada dalam sejarah negara, polis memberikan permit kepada mana-mana pertubuhan yang tidak sah. Justeru dalam perkara ini, tindakan polis menyuraikan perhimpunan itu adalah sah disisi undang-undang. Cuma pelaksanaannya mungkin boleh dipertikaikan. Itu sahaja.
Sehingga kini, kita dapati polis tidak pernah menolak atau membatalkan mana-mana permit yang dikeluarkannya kepada parti politik samada PAS, DAP, UMNO, KEADILAN atau mana-mana parti politik lain untuk berceramah atau berhimpun. Tetapi, pihak yang ingin menganjurkan sebarang aktiviti ceramah atau perhimpunan perlulah mengikut batas-batas undang-undang yang telah ditetapkan Kerajaan.
Pihak polis dalam konteks ini telah bertindak mengikut peraturan dan batasan yang ada di bawah bidang kuasanya. Oleh itu, kita perlulah rasional dan tidak mudah menuduh wujudnya konspirasi untuk menghalang mana-mana pihak daripada menjalankan aktiviti mereka.
Justeru, sempena bulan ramadhan yang mulia ini, kita sama-sama muhasabah diri dan memperbetulkan kesilapan kita dan janganlah menganggap orang lain semua salah dan hanya kita yang betul. Bertindaklah ikut rasional, bukannya emosional.
Dalam konteks ini, saya bukanlah pro-polis atau pro-kerajaan tetapi saya melihat tindakan polis ini ada benarnya dalam usaha memastikan ketenteraman awam terjaga dan terpelihara. Itu adalah keutamaan polis dan pemerintah negara ini.
NOTA
Jangan membaca untuk menafikan,menggelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai
3 comments:
salam...sy setuju dengan pandangan saudara..
sila layari http://www.amaljariah.net/kamen
saudara patut berada di tpt,br buleh menilai.
Saudara boleh tidak berada di tempat kejadian untuk menilai; dan tidak semestinya saudara berada di tempat kejadian saudara boleh menilai dengan tepat (kerana bergantung kepada apa yang hendak saudara nilaikan). Pandangan saudara yang neutral adalah bagus. Ia akan menjadi lebih baik jika saudara memasukkan juga fakta-fakta (tidak semestinya penghakiman kerana ini bersifat relatif) yang dibentangkan di mahkamah dalam membuat kesimpulan saudara.
Post a Comment